selamat datang

semoga blog ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Wednesday, 3 April 2013

PROGRAM MENCERAP BINTANG 2013

PROGRAM BERKENALAN DENGAN ILMU FALAK SEMPENA TAHUN SAINS & TEKNOLOGI 2013, SMSKP Bahagian Falak, Jabatan Mufti Pulau Pinang

2013 National Science Challenge - Preliminary Level

2013 NATIONAL SCIENCE CHALLENGE 9.30 - 11.30 AM ALL FORM 4 STUDENTS WERE INVOLVE THANK YOU FOR YOUR PARTICIPATION..

Monday, 1 April 2013

ISU SAINS DAN TEKNOLOGI : Malaysia perlu sedia perancangan lebih teliti MALAYSIA bercadang mendapatkan tenaga elektrik daripada loji nuklear dan dua reaktor pertama dijadual beroperasi pada 2021. Namun, kejadian pencemaran radioaktif di Fukushima, Jepun dan isu penyimpanan sisa nadir bumi dari kilang Lynas di Kuantan mengubah pandangan masyarakat negara ini. Jika pihak berkaitan berjaya menangani isu Lynas, tugas memperkenal loji kuasa nuklear di Malaysia menjadi lebih mudah. Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia), Dr Muhamad Lebai Juri, berkata selepas tragedi nuklear Fukushima Dai-ichi, penerimaan masyarakat terhadap teknologi itu berubah kepada isu keselamatan bahan radioaktif. “Isu Lynas juga berkaitan dengan pengurusan sisa buangan kerana orang ramai belum dapat diyakinkan dengan teknologi penyimpanan sedia ada,” katanya. Beliau berkata demikian dalam perbincangan bertajuk Penggunaan Tenaga Nuklear: Adakah Malaysia Bersedia Dari Segi Keselamatan sempena Seminar Tenaga Nuklear anjuran Majlis Profesor Negara. Nuklear Malaysia ditubuhkan pada 1972 untuk memulakan proses penjanaan kuasa nuklear sebagai sumber tenaga elektrik tetapi diabaikan selepas negara menemui minyak dan gas. Agensi itu kemudian bertukar sebagai institusi penyelidikan yang menggunakan aplikasi radiasi. Muhamad Lebai berkata, jika fungsi Nuklear Malaysia diubah daripada institusi penyelidikan kepada organisasi sokongan teknikal (TSO), agensi itu perlu berfungsi untuk meneroka nadir bumi seperti torium dan urainium. Nuklear Malaysia juga perlu membabitkan kepakarannya dalam kejuruteraan bahan api nuklear, teknologi reaktor dan pengurusan sisa radioaktif serta bahan api terpakai. Beliau berkata, program tenaga nuklear adalah satu industri yang besar kerana selain TSO untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan, industri itu memerlukan industri kecil dan sederhana untuk mengeluarkan serta memproses semua komponen yang diperlukan dalam rantaian reaktor nuklear. “Ini bukan saja memerlukan kewangan yang besar tetapi juga memerlukan ramai graduan dalam bidang kejuruteraan nuklear dan fizik nuklear. “Kita tidak boleh bergantung pada universiti luar negara untuk melatih tenaga pakar ini tetapi institusi tempatan mesti memulakan program berkaitan. “Adakah kita bersedia?” katanya. Sumber : http : //www.bharian.com.my/

paper2 scheme physics sbp2007 mid year

PAPER2 SCHEME PHYSICS FORM4 SBP 2007 MID YEAR by ruslawati

paper1 scheme physics form4 sbp 2007 mid year

PAPER1 SCHEME PHYSICS SBP2007 MID YEAR by ruslawati

paper2 physics form4 sbp2007 mid year

PAPER 2 PHYSICS FORM4 SBP 2007 MID YEAR by ruslawati

paper1 physics form4 sbp 2007 mid year

PAPER 1 PHYSICS FORM4 SBP 2007 MID YEAR by ruslawati